KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

YH DATO’ HAJI IDROS BIN YAHYA
Alhamdulillah, merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat.
Pandemik COVID-19 yang menular di negara serta seluruh dunia menyebabkan kerajaan Malaysia melaksankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu bagi mengekang penularan wabak ini. Pelaksanaan PKP ini telah memberi kesan kepada ekonomi negara. KSD juga tidak terlepas dari isu ini di mana mesyuarat agung tahunan terpaksa ditangguhkan selama hampir 2 tahun bermula daripada tahun 2020 lagi dan hanya dapat dilaksanakan pada penghujung tahun 2021, bagi mematuhi segala Standard of Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dengan mengurangkan perjumpaan sosial berskala besar.
Di sini, KSD memainkan peranan dengan menyediakan perkhidmatan dan memberikan sumbangan yang diperlukan oleh anggota KSD bagi membantu meringankan bebanan anggota KSD.
Rentetan daripada itu, satu laman web rasmi ditubuhkan sebagai inisiatif bagi menyebarkan segala informasi yang berkaitan KSD secara maya. Melalui laman web ini, warga kerja KSD berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada semua anggota supaya dapat mengetahui mengenai program-program serta perkhidmatan yang disediakan oleh KSD. Laman web ini dapat diakses tanpa had masa dan dan di mana sahaja.
Adalah menjadi azam KSD untuk menjadikan KSD sebuah koperasi yang cemerlang dan menjadi kebanggaan kepada anda semua sesuai dengan visi, misi serta objektif KSD. Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan perkhidmatan atau “service-oriented”, KSD akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang baik kepada semua anggota.
Akhir kalam, semoga maklumat dan perkhidmatan yang terdapat di dalam laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua anggota KSD. Selamat melayari laman web KSD.
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH
