KEDAI PAJAK GADAI ISLAM AR-RAHNU KSD
KELEBIHAN AR-RAHNU KSD : –
- Pembiayaan Bebas Riba
- Upah Simpan yang Rendah
- Proses Lelongan Telus
- Patuh Syariah
Ar-rahnu mengamalkan Konsep Syariah yang terdiri daripada :-
1. Ar Rahnu Tawarruq (Bay Al- Tawliyah)
✎ Pembiayaan jangka masa pendek bagi pelanggan yang menggadai emas atau barangan kemas sebagai cagaran bagi pembiayaan yang diberikan oleh pihak KSD. Produk ini akan distrukturkan berdasarkan konsep Tawarruq, Rahn, Wadi’ah.
2. Tawarruq(Bay Al-Tawliyah)
✎ Struktur pembiayaan yang berkonsepkan perdagangan komoditi patuh Syariah yang bertindak sebagai aset pendasar di dalam aktiviti pembiayaan. Kaedah pembiayaan ini dapat dijalankan melalui penjualan komoditi kepada pelanggan dengan kaedah pembayaran ansuran berasaskan konsep Bay Al-Tawliyah iaitu komoditi dijual pada harga kos yang asal. Seterusnya, pihak pelanggan akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai.
3. Rahn
✎ Pelanggan akan mencagar emas atau barangan kemas kepada KSD sebagai cagaran untuk pembiayaan Ar Rahnu di antara KSD dan pelanggan untuk memenuhi liabiliti keberhutangan sekiranya pelanggan gagal membuat pembayaran hutang tersebut.
4. Wadi’ah Yad Amanah
✎ Pihak pelanggan melantik KSD untuk menyimpan marhun di dalam peti besi atas dasar amanah bersama upah.
5. Ujrah
✎ KSD mengenakan upah simpan kepada pelanggan bertepatan dengan konsep Ujrah iaitu berdasarkan khidmat penyimpanan yang ditawarkan kepada pelanggan.
| Nama Outlet | Kedai Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu Ksd |
| Jawatankuasa | Jawatankuasa Kecil Ar-Rahnu KSD |
| Pengerusi | Haji Mohd Sharid Bin Md Salleh |
| Penyelia | Norafifa Aida Bt M said |
| Jumlah Pekerja | ★ 1 Orang Penyelia ★ 3 Orang Pentafsir Emas |
Tahun Mula Operasi | 17 Februari 2020 | |
Lokasi | Jaya Gading, Kuantan Pahang | |
| Alamat | A18, Lorong Jaya Gading 31, 25150 Kuantan, Pahang |
No.Tel / No.Fax | 09-539 3353 | |
arrahnuksd01@gmail.com | ||
| Facebook | ID : Ar Rahnu KSD |
| Waktu Urusniaga | Isnin - Ahad : 9.00 Pagi - 4.30 ptg |
SYARAT GADAIAN AR-RAHNU KSD :-
1. Pembiayaan sebanyak 70% daripada nilai marhun.
2. Tempoh pembiayaan selama 6 bulan dan disambung 4 bulan
3. Upah simpan
Upah Simpan adalah seperti berikut bagi setiap seratus ringgit :
| Nilai Marhun | Kadar | Tempoh |
|---|---|---|
| RM1.00 – RM1,000 | RM0.50 | Sebulan |
| RM1001 – RM2,000 | RM0.60 | Sebulan |
| RM2001 – RM10,000 | RM0.80 | Sebulan |
JENIS EMAS YANG DITERIMA :-
- 999/24K
- 950/23K
- 916/22K
- 875/21K
DOKUMENTASI YANG DIPERLUKAN :-
1. Kad pengenalan
2. Bukti-bukti bertulis pemilikan marhun bagi hak milik sendiri/ pasangan/ saudara terdekat


