Follow Us:

KEANGGOTAAN KOPERASI

  SYARAT KELAYAKAN KEANGGOTAAN

 

✎ Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:-

 

    • Kakitangan dan bekas kakitangan TDK
    • Kakitangan dan bekas kakitangan anak syarikat TDK
    • Kakitangan dan bekas kakitangan anak syarikat bersekutu TDK
    • Kakitangan dan bekas kakitangan Koperasi ini
    • Bekas kakitangan DARA
    • Waris anggota yang meningga dunia.

✎ Menurut Seksyen 11(2) Undang-Undang Kecil Koperasi, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

 

    • Warganegara Malaysia
    • Telah mencapai umur lapan belas tahun
    • Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini
    • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

 

  SYARAT PERMOHONAN DAN KADAR BAYARAN

 

✎ Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada Setiausaha Koperasi. Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima). Fee masuk itu akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

 

✎ Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh). 

     Ringkasan bayaran awal keanggotaan adalah seperti berikut:-

 

Fee Masuk RM 5.00
Modal Syer minima RM 1,000.00
Jumlah RM 1,005.00

 

✎ Setelah diterima sebagai anggota, anggota perlu mejelaskan bayaran berikut:-

 

Modal Syer Minima Yang Perlu Dijelaskan RM 1,000.00
Modal Syer Bulanan Minima RM 20.00 selepas 15 bulan