Follow Us:

LATAR BELAKANG

KOPERASI SERBAGUNA DARA BERHAD (KSD)

Sejarah Koperasi Serbaguna DARA Berhad (KSD) sebenarnya tumbuh sebagai tunas kecil di bawah pohon rimbunan hijau Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang diasaskan oleh beberapa orang kakitangannya yang mempunyai visi dan misi untuk menyatukan kepakaran dan tenaga bagi menubuhkan satu pergerakan koperasi yang sah bagi kegiatan ekonomi dan kebajikan kakitangan DARA. Satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada pihak pengurusan DARA telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi membincangkan penubuhannya dan hasilnya pada 6 Disember 1978 Koperasi Serbaguna DARA Berhad telah didaftarkan secara sah dengan No. Pendaftaran Koop Negeri No. 30.

 

Pada awal penubuhan, KSD mula menceburi bidang pembalakan dan kerja kontrak termasuk mengusahakan sebuah kantin di Pejabat Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan menjual barangan pengguna secara kecil-kecilan selain memberi pinjaman wang tunai dari Dana Tabung Kebajikan kepada anggota-anggotanya yang memerlukan.