KEANGGOTAAN KOPERASI
SYARAT KELAYAKAN KEANGGOTAAN
✎ Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:-
-
- Kakitangan dan bekas kakitangan TDK
- Kakitangan dan bekas kakitangan anak syarikat TDK
- Kakitangan dan bekas kakitangan anak syarikat bersekutu TDK
- Kakitangan dan bekas kakitangan Koperasi ini
- Bekas kakitangan DARA
- Waris anggota yang meningga dunia.
✎ Menurut Seksyen 11(2) Undang-Undang Kecil Koperasi, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:–
-
- Warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur lapan belas tahun
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
SYARAT PERMOHONAN DAN KADAR BAYARAN
✎ Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada Setiausaha Koperasi. Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima). Fee masuk itu akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
✎ Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh).
Ringkasan bayaran awal keanggotaan adalah seperti berikut:-
| Fee Masuk | RM 5.00 |
| Modal Syer minima | RM 1,000.00 |
| Jumlah | RM 1,005.00 |
✎ Setelah diterima sebagai anggota, anggota perlu mejelaskan bayaran berikut:-
| Modal Syer Minima Yang Perlu Dijelaskan | RM 1,000.00 |
| Modal Syer Bulanan Minima | RM 20.00 selepas 15 bulan |
