Follow Us:

KEDAI PAJAK GADAI ISLAM AR-RAHNU KSD

KELEBIHAN AR-RAHNU KSD : –

 

  1. Pembiayaan Bebas Riba
  2. Upah Simpan yang Rendah
  3. Proses Lelongan Telus
  4. Patuh Syariah

 

Ar-rahnu mengamalkan Konsep Syariah yang terdiri daripada :-

 

1. Ar Rahnu Tawarruq (Bay Al- Tawliyah)

 

✎ Pembiayaan jangka masa pendek bagi pelanggan yang menggadai emas atau barangan kemas sebagai cagaran bagi pembiayaan yang diberikan oleh pihak KSD. Produk ini akan distrukturkan berdasarkan konsep Tawarruq, Rahn, Wadi’ah.

 

2. Tawarruq(Bay Al-Tawliyah)

 

✎ Struktur pembiayaan yang berkonsepkan perdagangan komoditi patuh Syariah yang bertindak sebagai aset pendasar di dalam aktiviti pembiayaan. Kaedah pembiayaan ini dapat dijalankan melalui penjualan komoditi kepada pelanggan dengan kaedah pembayaran ansuran berasaskan konsep Bay Al-Tawliyah iaitu komoditi dijual pada harga kos yang asal. Seterusnya, pihak pelanggan akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai.

 

3. Rahn

 

Pelanggan akan mencagar emas atau barangan kemas kepada KSD sebagai cagaran untuk pembiayaan Ar Rahnu di antara KSD dan pelanggan untuk memenuhi liabiliti keberhutangan sekiranya pelanggan gagal membuat pembayaran hutang tersebut.

 

4. Wadi’ah Yad Amanah

 

Pihak pelanggan melantik KSD untuk menyimpan marhun di dalam peti besi atas dasar amanah bersama upah.

 

5. Ujrah

 

KSD mengenakan upah simpan kepada pelanggan bertepatan dengan konsep Ujrah iaitu berdasarkan khidmat penyimpanan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Nama Outlet

Kedai Pajak Gadai

Islam Ar-Rahnu Ksd

Jawatankuasa 

Jawatankuasa Kecil Ar-Rahnu KSD

Pengerusi

Haji Mohd Sharid Bin Md Salleh

Penyelia

Norafifa Aida Bt M said

Jumlah Pekerja

★ 1 Orang Penyelia    

★ 3 Orang Pentafsir Emas

Tahun Mula Operasi

17 Februari 2020

Lokasi

Jaya Gading, Kuantan Pahang

Alamat

A18, Lorong Jaya Gading 31,

25150 Kuantan, Pahang

No.Tel / No.Fax

09-539 3353

Email

arrahnuksd01@gmail.com

Facebook

ID : Ar Rahnu KSD

Waktu Urusniaga

Isnin - Ahad : 9.00 Pagi - 4.30 ptg

SYARAT GADAIAN AR-RAHNU KSD :-

 

1. Pembiayaan sebanyak 70% daripada nilai marhun.
2. Tempoh pembiayaan selama 6 bulan dan disambung 4 bulan
3. Upah simpan

 

 Upah Simpan adalah seperti berikut bagi setiap seratus ringgit :

Nilai Marhun Kadar Tempoh
   RM1.00 – RM1,000    RM0.50    Sebulan
   RM1001 – RM2,000    RM0.60    Sebulan
   RM2001 – RM10,000    RM0.80    Sebulan

 

JENIS EMAS YANG DITERIMA :-

 

  1. 999/24K
  2. 950/23K
  3. 916/22K
  4. 875/21K

 

DOKUMENTASI YANG DIPERLUKAN :-

 

1. Kad pengenalan
2. Bukti-bukti bertulis pemilikan marhun bagi hak milik sendiri/ pasangan/ saudara terdekat