Mesyuarat Agung yang ke 39 telah berlangsung pada 26 Mac 2022 bertempat di Dewan Besar DARA Muadzam Shah.
Penganjuran Mesyuarat Agung ini adalah tertakluk kepada ‘Standard Operation Procedure’ yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Bilangan kehadiran anggota di Tempat Mesyuarat yang telah ditetapkan adalah berdasarkan kapasiti premis tersebut dengan mengambilkira penjarakan fizikal yang ditetapkan. Seramai 511 anggota ahli KSD telah menghadiri mesyuarat ini.
Di samping itu semua anggota yang menghadiri Mesyuarat Agung ini telah memenuhi arahan MKN diantaranya telah lengkap 2 dos vaksin, memakai pelitup mulut dan hidung sepanjang masa menghadiri mesyuarat, mengimbas kod MySejahtera dan tiada gejala demam, batuk, selsema dan sesak nafas.
