Mesyuarat Agung yang ke 38 telah berlangsung pada 20 November 2021 bertempat di Dewan peperiksaan 1, Uniten Muadzam Shah.
Penganjuran Mesyuarat Agung ini adalah tertakluk kepada ‘Standard Operation Procedure’ yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Mesyuarat ini diadakan secara bersemuka dengan mengikut syarat bilangan kapasiti ruang premis mesyuarat iaitu terhad seramai 250 orang sahaja. Bagi anggota yang tidak dapat hadir di dalam dewan mesyuarat tersebut, mereka dianggap hadir sekiranya telah mendaftar di tempat pendaftaran yang ditetapkan.
Jumlah kehadiran ahli anggota yang telah hadir pada mesyuarat tersebut adalah seramai 544 orang secara fizikal dan juga di atas talian
